Akaun noorain.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

HILANG ARAH BILA DITERJAH MASALAH BESAR PNYKT 3 BERADIK PALING TERKEJUT MASALAH NO.1 TU

KENALI PENYAKIT TIGA SERANGKAI

Penyakit 3 (tiga) serangkai ini biasa dipanggil penyakit yang berjangkit dan ianya meliputi penyakit berisiko tinggi seperti Kencing manis, Darah Tinggi dan Jantung (kolestrol tinggi) dan ketiga-tiga penyakit ini yang akhirnya boleh membawa kepada maut. Seseorang yang menghidapi darah tinggi kebiasaanya ada kemungkinan dia akan menghidapi penyakit jantung atau kencing manis. Begitulah juga jika seseorang itu mempunyai kencing manis tahap yang tinggi berkemungkinan besar akan mendapat darah tinggi dan jantung.

Hakikat sebenarnya punca mendapat penyakit berangkai ini seperti kencing manis, darah tinggi dan saluran darah di jantung tersumbat adalah kerana pemakanan yang salah dan tiada aktiviti yang sihat. Pendapat yang mengatakan Merokok juga boleh menyebabkan masalah penyakit jantung dan dengan berhenti merokok boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Tetapi ramai perokok yang berhenti merokok memilih untuk makan secara tidak sihat yang akan akhirnya menyebabkan masalah yang sama. Apabila seseorang baru berhenti merokok memang akan berlaku masalah selera makan yang tinggi dan susah dikawal. Oleh kerana itu, amat penting untuk kita faham tentang jenis-jenis makanan yang boleh menyebabkan saluran darah jantung tersumbat.

1.     MAKANAN BERLEBIHAN GULA (MANIS)

Makanan yang kaya dengulaan g dan manis adalah diantara punca berlakunya penyumbatan pada saluran darah jantung. Gula yang didalam makanan kita akan membentuk bahan yang dipanggil AGE (Advance Glycation Endproducts) yang boleh menyebabkan masalah inflammasi atau  kebengkakan (inflammation) yang dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung dan kencing manis. Gula juga menyebabkan peningkatan paras kolesterol dalam darah yang menyebabkan saluran darah tersumbat akibat kolesterol berlebihan. Gula juga meningkatkan paras kolesterol ‘trigliserida’ yang boleh menjadi punca saluran darah mengalami masalah inflammasi dan pembentukan plak kolesterol dengan lebih cepat dan menyebabkan masalah saluran darah jantung tersumbat.


2. LEMAK 'TRANS'

Makanan yang kaya dengan ‘lemak trans’ yang boleh menyebabkan saluran darah dijantung tersumbat. Menurut kajian Nurses’ Heart Study lemak trans ini lebih merbahaya dari lemak tepu dari haiwan dan ianya meningkatkan risiko sakit jantung dua kali ganda. Contoh makanan yang kaya dengan lemak trans ini adalah marjerin, biskut, jajan, kerepek kentang, popcorn, muffin, kek, pastri, mee segera dan pelbagai lagi makanan proses yang berlambak dipasaran sekarang. Kajian mendapati peningkatan paras kolesterol jahat LDL dalam darah dengan pengambilan makanan yang tinggi dengan lemak trans ini.


3. FAKTOR USIA

Pada kebanyakkan kadar usia meningkat dan mencapai 60an pembuluh darah tidak lagi stabil hingga sangat berisiko mendapat tekanan darah tinggi. Kadar stress yang tinggi dan kurang beraktiviti menyebabkan perjalan dan tekanan darah tidak lancar.


4. TABIAT PEMAKANAN DAN KEHIDUPAN YANG BURUK

Merokok, minuman keras, minuman bersoda, lewat tidur, makan terlalu banyak di waktu malam boleh mendatangkan tekanan darah tinggi dengan lebih cepat kerana ketidakstabilan perjalanan darah dan pencemaran zat aktif pada saluran pembuluh darah menjadi penyebab utama.


5. KEGEMUKKAN MELAMPAU

Berat badan yang melampau boleh menyebabkan gangguan ginjal, kolestrol dan juga jantung.


KAITAN KENCING MANIS DAN KOLESTROL (JANTUNG)

Hubungan antara diabetes dan penyakit jantung itu dimulai dengan level gula darah yang tinggi. Pada waktunya, level glucose yang tinggi di dalam darah itu merusak arteri, menyebabkan terjadinya pengerasan dan kaku. Materi-materi lemak yang menumpuk di dalam saluran-saluran darah ini bisa benar-benar menghalangi aliran darah ke jantung atau otak, yang mengarah pada serangan jantung atau stroke. Risiko anda untuk penyakit jantung dengan diabetes itu akan semakin meningkat jika anda juga punya sejarah keluarga yang menderita penyakit jantung atau stroke.


Fakta-fakta lain yang perlu dipertimbangkan:


Seorang penderita diabetes yang pernah mengalami suatu serangan jantung itu punya resiko yang jauh lebih besar untuk kembali mengalami serangan jantung.

Seseorang dengan usia pertengahan yang menderita diabetes itu punya peluang yang sama dengan orang yang tidak menderita diabetes tapi pernah mengalami serangan jantung.

Seorang penderita diabetes itu akan mengembangkan penyakit cardiovascular pada usia yang jauh lebih awal dibanding orang yang tidak menderita diabetes.

Para penderita diabetes yang pernah mengalami serangan jantung itu lebih besar kemungkinannya untuk mengalami kematian akibat serangan jantung.